22/10/2010 Aku da start rasa mcm senggugut.Tapi selang sejam macam tu la..Xberapa kuat sakit lagi..Leh berjalan-jalan lagi Tengah hari pegi lunch kat Tanjung Lumpur ngan Baba. Memang situ la tempat aku BRANC (Breakfast+Lunch).Pastu pegi melawat BB Syuhada , Khalif yang lahir pada 17/10 @ KMC. Selepas waktu solat jumaat, rasa senggugut datang lagi..Aku da start tulis kat buku nota time sakit tu datang.Aku tanya Awin macam ni ke rasa bila nak bersalin.Awin cakap maybe la tu. Aku xde kuar tanda2 lagi. Aku pun surf la tenet.So , jumpa artikel dibawah.
Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
Makin lama makin kerap.Tunggu Umie balik keje dulu. Layan Cite Cinta dan Anugerah dulu sampai 6.30pm. Pastu ajak Umie g KMC. Sambil tunggu Umie tu , sempat lagi main game kat laptop.Sampai KMC pukul 7.30pm. Pegi ke kaunter , then Misi suh pegilabour room. Org kat kaunter pun pelik tgk aku.Aku siap leh jalan lagi naek ke tingkat 1.Dia suh g Labour Room terus. Sebab bilik seme full. Misi cek CTG dulu. Pastu Pn Bidan seluk nak cek bukaan berapa. Dia cakap baru bukak 2 cm @ 8pm. So dia suh duk rehat dulu kat katil labour room tu..Puan Bidan tu cakap maybe tgh malam atau subuh esok leh deliver. TAKOOOOOOOOOOOOOT....

NI la mesin CTG nyer.. Dengar denyutan Jantung BB..Kuat betul..
Lepak2 dlm Labour Room ngan Umie. Hubby xsampai lagi..Die naek bus dari KL. Mula2 takut gak Hubby xsempat nak tgk BB lahir. Tp Alhumdulillah..Hubby sampai kul 12 mlm.Aku xrasa sakit teruk lag..Sakit senggugut biasa je.. Siap aku leh makan KFC dulu.Untuk tambah tenaga. Kul 1.30pg macam tu, aku ckp kat Umie n baba suh dorang balik umh dulu. Sbb xde rasa sakit lagi..Tepat kul 2 pagi , tetiba rasa sakit yg amat..Ada bunyi POP. Aku rasa atas katil xde air pun kuar. Pusing Kiri xjadi, pusing kanan pun xjadi..cuba bertahan sampai kul 2.15 pg. last2 da xtahan sangat , mintak hubby panggil Pn Bidan.Pn Bidan suh aku tanggal suar dan baru aku nampak ada darah byk..Xperasan pun.Maybe masa bunyi POP tu kot darah kuar.He3..Pn Bidan cek da bukak 9cm dan bersedia untuk bersalin.Pn Bidan kol Dr Suriati.Terasa nak "poo poo" makin kuat. Pn Bidan ckp jgn kepit , sbb kepala BB da nampak..Dgn 3 kali teran,keluarlah BB cumei dari rahim aku tepat pukul 2.42pg.Alhamdulillah semua selamat.BB berat 2.48kg je. Agak kecil sikit. Almaklumlah Mummy pun kecik.

Alhumdulillah... 23/10/2010 @ 2.52am seberat 2.48kg di KMC Kuantan. Lahirnya seorang putera yang cumei...Diberi nama Aqil Mikail Bin Mohd Azhari .








