31.5.12

Bulan kenduri

0 comments
Ayoyo..
Bulan 5 ngan 6 yang banyak kenduri..
Mana satu yg nak pergi..
Adoyai..Kene baling dadu ni..

23.4.12

5 hari lagi..xsabar mau ke pulau

0 comments
Yeah....xsabar nak pegi holiday....
Tapi sedih , Airis xleh ikot...
Maafkan mummy ye sayang...
Next time mummy bawak Airis sekali k..
Mummy plan holiday ni pun sebelum Airis wujud lagi...

20.4.12

Holiday Yeahhhh

0 comments
Xsabar nak tunggu 29 April 2012....

15.4.12

Ceritera Kelahiran Puteri kedua ..

0 comments
Da sebulan usianya..
Mummy rasa macam baru semalam melahirkan...

2-3 hari sebelum , keadaan sangat tidak selesa..
Adik asik menggeliat je dalam perut..
Mummy nak jalan pun da terkengkang-kengkang...
Demi adik , mummy gagahkan juge..
Mummy dapat rasakan adik mcm da nak keluar sesangat..

Isnin 12 March tu , mummy mls sgt nak kelaur g mkn tengah hari...
Kebiasaannya , mummy akan luar mkn pagi sekali ngan lunch..
Tapi minggu tu mummy sgt malas..

Selasa 13 March , pun sama..Mummy xlarat sgt..Nak berjalan pun malas..makan je apa ada kat umh..Mood pun xberapa besh..Malam tu , Mikail nak ikot Ki keluar..So kurung die dalam bilik. Mummy nak tidokan die...Terpaksa la kunci pintu bilik..
Kalau x , die bukak pintu kuar pulak.. Mummy tertido , xdgr Nenda ketuk pintu..
Mummy mmg tido ngan Nenda sejak akhir2 pregnant ni...Sbb takut Mummy sakit tgh malam ke..

Dalam kul 4 pagi , Mummy terjaga..
Sakit perut sangat...
Ingatkan sakit biasa je..Pusing kiri xkena , pusing kanan xkena,. Bangun duduk pun xkena..
Mummy g toilet untuk kencing..
Ada sakit lagik..sakit lama gitu..
Mummy pun g dapur minum air...Rasa lagik sakitnye..

Dalam pukul 5 pagi , mummy da xleh tahan sakit yg datang kerap.
Rasa macam perlu ke hospital je..Mummy kemas brg2 ape yg patut..
Pegi kejut umie n baba..Cakap sakit perut..nak g spital..
Siap2 , angkat Mikail masuk kereta..Nasib la awal pagi..xde masalah jem trafik...
Kul 5 : 30 pagi Sampai Kuantan Medical Center ..Ngam2 sampai depan pintu kecemasan , air kutuban pecah..dalam kereta woo.. 1st time rasa air kutuban pecah..
Nurse bawak wheelchair pegi ke Labour Room.
Sampai Labour room , midwife suh mummy jalan ke katil dalam bilik tu..
Mummy salin baju dan terus berbaring dikatil..Sakit da xrasa sgt..Rasa mcm nak terberak sgt2..
Midwife check bukaan dulu .. Da bukak 8 cm rupanya..Masa da time tu..
Xsempat nak wat CTG sbb mummy da xsabar nak terberak...Midwife menahan kaki mummy..sbb kalau Mummy angkat kaki , bb da boleh kuar..doktor dlm 5 minit sampai..Dr Su datang untuk sambut baby je..Alhamdulillah tepat 5:47pagi , Mummy selamat bersalin baby gurl..berat 2.7 kg.. Tapi Daddy xsempat sampai..Daddy keje kat KL.

Itulah pengalaman bersalin Mummy untuk kali kedua ni...


7.4.12

Mode berpantang :)

0 comments
Alhamdulillah.. Da masuk hari ke 25 berpantang..
Kejap je masa berlalu..
Hari-hari makan lauk ikan tenggiri bakar , ayam bakar dan daging bakar.
Leh kurus mak ....

18.3.12

My cutie pie :)

0 comments

Alhamdulillah..

Lahirnya puteri kesayangan pada 14 March 2012 @ 5:47 pagi di Kuantan Medical Center.
Pengalaman yang paling kelakar...Tunggu next entry ye..

9.3.12

Peringkat-peringkat Kelahiran:

0 comments

Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat.

1.Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm.

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.
Fasa aktif pula ialah dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat dan serviks anda sudahpun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda. Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

2.Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar dikelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

3.Peringkat ketiga kelahiran uri dari rahim.

Anda dibenarkan memegang dan mencium sicomel anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.Apa yang berlaku selepas bersalin???Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya.

7.3.12

Checklist untuk bersalin

0 comments
Dup Dap Dup Dap..

Skang da masuk 38 weeks++...
Barang-barang pun da standby dalam kereta...

Ni antara barang2 yang da siap sedia..

Untuk Mummy:

  1. Ic ( da ada dalam wallet)
  2. Buku Merah ( Buku mengandung - da letak dalam handbag)
  3. Kain Batik - 2 Helai (done)
  4. Selipar - (done)
  5. Stokin - (done)
  6. Pad - ( done)
  7. Pakaian dalam - ( done)
  8. Seluar dalam pakai buang - (done)
  9. Kelengkapan Mandi - Sabun mandi , ubat gigi , berus gigi (done)
  10. Baju untuk pakai waktu nak balik - (not yet)

Untuk Mikail Jr:

  1. Dryper New Born - (done)
  2. Kain Selimut - (done)
  3. Sarung Tangan & Sarung Kaki - (done)
  4. Tuala - (done)
  5. Bedak Bayi & Mandian & Minyak Bayi - (done)
  6. Tisu Basah - (done)
  7. Baju Bayi 3 helai - (done)


1.3.12

Week 38 of Pregnancy: Preparing for Birth Your little one isn't so little anymore .

0 comments

Only two more weeks (or plus two more, max) before your baby makes his or her appearance. And what an adorable appearance that will be! Your little one isn't so little anymore — weighing in at close to seven pounds and hitting the height charts at the 21-inch mark (or less).

As you prepare (best you can) for baby's ETA, he or she is also getting ready, big time. Vernix and lanugo continue to shed from your baby's body into the amniotic fluid. Your baby swallows that amniotic fluid (yum yum?) and some of it winds up in his or her intestines where it — along with other shed cells, bile, and other waste products (triple yum) — will turn into your baby's first bowel movement (meconium) and perhaps your first diaper change.

Your baby's lungs continue to mature as more and more surfactant is secreted (remember — it helps prevent the lungs from sticking to each other when your baby begins to breathe…definitely a good thing). At 38 weeks pregnant, all systems, almost go!

16.2.12

Update 35 weeks..

0 comments
Berdebar2 pun ada...
Skarang asik sakit2 je...
Baby try untuk cari jln untuk kuar kot..
Tunggu ye sayang mummy...

Aritu pegi checkup , doktor cakap kencing kotor sket..
Pastu yg tersa sakit tu sebab Braxton Hicks..

Apa itu?

Braxton Hicks biasanya tidak begitu terasa sakit dan mirip dengan kram menstruasi. Kontraksi ini terjadi sewaktu rahim Ibu mengencang lalu mengendor lagi dan terjadinya tidak beraturan. Menjelang akhir kehamilan Ibu, kontraksi ini terasa sedikit lebih sakit, terutama bila bayi Ibu sedang berubah posisi dengan kepala dibawah.

Ibu akan paham bahwa janin Ibu adalah sesuatu yang nyata karena kontraksinya menjadi semakin sering frekuensinya dan berlangsung lebih lama.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: “Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku.”

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:

* biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
* lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
* tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
* tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
* terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
* tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:

* tahan lama;
* lebih teratur;
* lebih kerap;
* lebih menyakitkan;
* lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai “kontraksi latihan” bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan – perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor???


Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:

* lelehan yang melekit dan berdarah;
* sakit pinggang atau kekejangan.

Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:

* pergerakan bayi anda sudah mengurang;
* anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
* jika anda mengalami sebarang pendarahan.

Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

Tanda-tanda Hampir Bersalin:

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk menghadapi kelahiran.



Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah:

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir:

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang:

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan.

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”

11.2.12

34 Weeks already

0 comments



Lama rasanya xupdate blog...
Skarang da 34 weeks...
Pejam celik , pejam celik je...
InsyaAllah xlama lagik kuar la Mikail jr..
 

- L.O.V.E is C.I.N.T.A - Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates